Friday, January 30, 2009

Dah 3 minggu dah?

Maaflah semenjak sampai ke negara yang sejuk ni, keinginan untuk mengemaskini blog ni dah semakin menurun serendah suhu negara ni yang berada ditahap 2 ke 5 darjah C hari ini. Hari ini dah 3 minggu kami berada di pekan Egham ni. Kecik je pekannya. Pekan koboi je. Takde shopping mall yg boleh dikunjungi kalau boring. A very good environment to study. Takde distraction langsung. Harapnya suami tercinta boleh la habiskan PhD dia on time.

Kami sampai di sini pada 16hb Januari yg lepas. Kami dihantar oleh keluarga dan kawan tercinta. Terima kasih tidak terhingga kerana sanggup menghantar kami di KLIA.

Sampai di Heathrow Airport kami dijemput oleh abang Zamri dan Rosli. Kemuadian kami dibawa
ke kediaman abang Rosli dan kak Maswa. Kiranya merekalah yang bersusah payah menjamu kami sarapan, makan tengahari kemudian bekalkan kami makanan lagi, menghantar kami ke rumah, membawa kami ke pekan untuk membeli barang2 keperluan asas. Terima kasih yang tak terhingga.

Alhamdulillah, semua kiranya dah settled down. Mr. I pun dah mula ke sekolah. Anaknya pun
dah sekolah. Tinggal aku je yang tak sekolah. Bila tengok Mr. I baca buku kat our lounge or
bila aku pi lepak kat opis dia, sungguh la aku jeles. Aku nak baca buku gak...
Takpe..takpe.. tunggu settle satu persatu ye.. tunggu Mr. I habis.. insyaAllah aku menyusul.

Rutin harian aku sekarang.. walaupun dah 3 minggu aku kat sini.. waktu tido aku masih waktu
mesia lagi. Dinner as early as 5 o'clock. Pukul 7 mlm je, 'lil Asha dah tanya dah bila nak
masuk tido.. dah malam dah ni.. aduss.. dia takleh tido kalau takde ummi.. sebab ummi ada
ubat tido dia... so ummi pun terpaksa lah menemankan si kecik ni tido. Almaklumlah, kalau
dah masuk dalam duvet, susah bebeno lah teman nak kuar ye... tido lah sekali. Masa mula2
dulu pukul 4 pagi dah terjaga. Sekarang oklah sikit. 6 pagi mesti dah bangun... walaupun kat
luar masih gelap... bangun, prepare some breakfast, browsing (kalau ada luck dapat campusnya
wifi), prepare Asha and myseld to school. 12 noon.. Then off we go.. Buat masa ni kitaorg
belum dapat lagi keter pujaan hati, so bas adalah pengangkutan utama kami. Dari rumah, pihak
uni ada menyediakan bas yang amik masa dalam 2 minit perjalanan dari rumah ke uni. Then dari uni, me & Asha will walk dalam lebih kurang 15 minit untuk ke sekolah dia.

Lepas hantar Asha, aku akan either merayau2 pegi kedai (kalau ada barang2 rumah yg dah abis)
or aku lepak kat library uni (as if aku lak yang belajar kat sini.. ahaks.. insyaAllah).
Lepak sampai la kul 2.30 ptg, pastu get ready nak amik Asha kat school. She finishes at
3.00. Usually me and Mr. I will walk together to fetch her from school. Tapi kenkadang aku
tumpang kak Maswa je gi hantar and amik Asha.. kalau ada rezeki jumpa dia la.. huhuh.. Lepas
amik Asha, apalagi.. pulanglah kami ke rumah mencari makanan. Wakaka...

Anyway.. life is not as sweet as some people thing when u r abroad. At the beginning,
keperitan akan terasa. Mungkin after a year, after sumer dah settle down, insyaAllah barulah
terasa kemanisannya. Tapi buat masa ini, suffer lah dulu ye.. All the suffering lah yang
akan membuat kita semua mature and appreciate apa yang kita ada.

Doakan kami berjaya di bumi yang asing ini ye... Ameen....

6 comments:

cHaMeL30n said...

Things will get better.. kami dulu pun mcm tu jugak, tapi dah nk masuk bulan ke-5 di bumi UK yg sejuk ini... baru la boleh rasa comfortable sikit... tapi tang nak kena pi belajar masa winter nih yg bercinta sket..hehe..

All the best, ya!

Nor Fadzlina Nawi said...

Salam,

Wah, Kak Zue dah sampai sana yer. Dok Pekan koboi tu yg tak tahan tu. I don't think I can survive...he,,he,,he w/pun sebeno diri sendirik yg buat Phd. I need distractions..nanti stress. Ha..ha..ha..Satu lg kak, sejuk sgt tak best kan..tak leh nak buat kerja kenkadang tuh..Anyway, I think compared to people in OZ, those yg p UK starting nyer mudah sikit dr kat sini yg susah nak carik rumah ni...Selamat lah akak sekeluarga yer. Wassalam

Amz said...

dah sampai sana yea.. in the middle of winter lak tu.. mmg mencabar tu. Best of luck yea kat sana.

khalidsuid said...

Be strong for you family :-)

Mimzzzy said...

sat lagi aku sampai k.. hhehehe..

~dcharminglady~{@ said...

tulisla lagi kak..

jelesnyer tgk org lain jeles tgk org lain study.. wahahah..zar x jeles pon..

 
design by suckmylolly.com