Wednesday, September 24, 2008

Berbuka Bersama Ms. S

Semalam, Alhamdulillah saya telah berkesempatan untuk berbuka bersama teman baik saya Ms. S di rumahnya di Shah Alam. Sudah agak lama saya tidak berjumpa dengan Ms. S dan keluarga kerana masing2 sibuk dengan tugasan masing2. Ms. S kini sedang berhempas pulas untuk menyiapkan tesis PhD nya.

Sebenarnya tujuan saya ke rumah Ms. S adalah untuk menyerahkan baju raya anaknya MM yang saya beli sempena Eid nanti. Tiada cadangan untuk berbuka bersama. Tetapi bila dah berjumpa tu, terlalu banyak cerita yang nak dikongsi bersama. Kami kalau berjumpa, memang tak habis2 bercerita. Cerita suka duka kami. Memang rindu saya dengan dia dan MM yang comel itu. Nanti bila saya dah ke U***** ******M, Januari nanti, bertambahlah rindu saya dengan mereka.

Checking MM's tooth yang tumbuh senget.

"Peace...." MM tengah tengok AN macamana nak buat aksi peace.

"Ah.. tak pandailah... Buat ala-ala peace pun jadilah..."

1 comments:

~dcharminglady~{@ said...

betulla la akak nak ke Surrey..
huk2..seme org dah buat PhD..

 
design by suckmylolly.com