Thursday, August 21, 2008

Iklan Merdeka Petronas 2008

Hari Merdeka akan tiba tak lama lagi..

Selalunya.. iklan Petronas lah yang ditunggu-tunggu..

Iklan tahun ini, sempena hari kemerdekaan yang ke-51...

...terimalah iklan comel ini, ditambah pula dengan pelakon2 iklan yang comel itu....





.. Apakah moral disebalik iklan ini?

1) Berfikir secara kreatif dan inovatif. Kalau tak dapat jala, kelambu buruk pun boleh juga. Tak semestinya sesuatu yang buruk/lama tak boleh digunakan lagi. Mungkin kegunaan utamanya sebagai pelindung daripada nyamuk tidak boleh digunakan lagi, tapi kita boleh gunakan kelambu itu untuk tujuan lain pula. Mungkin ianya boleh menjana hasil yang lebih lagi dari kegunaan asalnya.

2) Tabah & Sabar. Selalunya hasil dari kesabaran itu kita beroleh sesuatu yang di luar jangkaan kita. Mungkin kehidupan kita tidak begitu baik sekarang, tetapi berkat kesabaran kita berupaya mendapat sesuatu yang lebih bagus lagi. Sabar itu separuh daripada iman. Sesuatu yang berlaku itu ada rahmat disebaliknya.

3) Usaha & Kerja keras. Sesuatu yang baik itu tidak akan datang bergolek begitu sahaja. Kita mestilah berusaha untuk mencapainya. Mungkin ada yang akan berkata "Kita tidak perlu berkerja sekuat itu. Kita hanya perlu pandai untuk mengagihkan tugasan kita pada yang lain". Tapi rasanya tahap kepuasan itu tidak akan sama jika ianya bukan hasil titik peluh kita sendiri.

4) Pengorbanan. Apa sahaja yang kita lakukan perlu ada sedikit pengorbanan. IKHLAS. Mulakan setiap pengorbanan itu dengan niat yang ikhlas tentu kita tidak akan sedikit pun terasa tentang pengorbanan kita itu.


...51 bukanlah angka keramat dan ia juga bukan satu angka yang perlu disia-siakan.

...membangunkan sesuatu itu bukanlah mudah, tetapi untuk merobohkannya, ianya boleh berlaku sekelip mata sahaja.

0 comments:

 
design by suckmylolly.com