Sekarang ni tengah hangat diperkatakan tentang filem pendek dari Belanda, Fitna yang dikatakan memperlekehkan Islam dengan mengaitkan surah-surah di dalam Quran dengan keganasan.
Pelbagai reaksi yang didapati dari pelbagai pihak.
Di dada akhbar, rakyat Malaysia diseru untuk memboikot dari membeli barangan jenama Belanda.
Ada juga yang tidak bersetuju dengan laungan boikot ini seperti saudara ini http://saifulislam.com/?p=1678#more-1678.
Hari ini juga, MMU telah menganjurkan satu majlis ilmu di mana penceramahnya ialah Ust. Wan Sohor Bani Leman. Tajuk ceramahnya adalah "Budaya Kerja Rasulullah Sebagai Ikutan". Di akhir ceramah, ustaz telah menyeru kepada semua untuk memboikot barangan Belanda ini. Kata ustaz, inilah masanya kita nak menunjukkan rasa kasih dan sayang kita kepada Rasulullah. Cerita ustaz, pernah suatu ketika Nabi bertanya kepada para sahabat siapakah yang pelik dan paling kuat imannya di muka bumi ini. Para sahabat menjawab "Malaikat". Nabi kata, "Bukan". Para sahabat menjawab lagi, "Kalau begitu, kamilah". Nabi kata bukan. "Tiada yang pelik pada kamu dan masakan kamu tidak beiman sedangkan aku ada di depan kamu." "Habis siapa?", tanya para sahabat. Jawab nabi, "Mereka yang beriman pada Allah selepas ketiadaan aku dan kamu(para sahabat). Kerana mereka tetap percaya pada Allah dan tetap membaca dan mempraktikkan apa yang terkandung di dalam Quran walaupun aku dan kamu tiada lagi". Tambah ustaz, bila kita ditanya di padang masyar nanti, apakah yang kita lakukan bila ada orang menghina Islam. Apakah yang akan kita jawab?
Boikot atau tidak, terpulanglah. Tapi rasanya tidak rugi jika tidak membeli barangan mereka. Tentu ada alternatifnya.
PRODUK DARI BELANDA/DUTCH
1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. Dumex -Susu Tepung
30. Nutricia -Susu Bayi
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain
Friday, April 04, 2008
Boikot ke Tak?
Posted by Sue Adnan at 7:48 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment