Uhuk..uhuk..uhuk..... Uwaaaa... Ummi yang lebih2 ni sebenarnya.... :D
Semalam, Ummi ada mintak dengan ibu Sal lagu yang Asha selalu suruh ummi nyanyi tapi ummi tak tau dan tak pernah dengar lagu tu. Lagu pasal gajah. Ibu Sal adalah pengasuh/cikgu di taska Asha. Pagi ni, bila hantar my baby ke taska, ibu Sal yang ambil si kecil tu.. Macam biasa lah... Tapi this morning, ibu Sal cakap yang bulan ni adalah bulan terakhir dia bekerja di situ. Selepas ni dia akan berpindah ke Johor. Dia dah salinkan lagu yang ummi mintak semalam dalam satu buku tulis. Buku itu dihadiahkan untuk Asha. Pesan ibu Sal pada Asha dalam buku itu "Ingat ibu Sal selalu.."
Huhu.. ummi yang emo terlebih. Dalam kereta, rasa macam nak menangis dah. Rasa sebak je. Heheh. Mesti ayah tak perasan kan? Apasal ntah ummi ni...
Sebelum ni, ummi dan ayah pernah berbincang untuk menghantar Asha ke taska yang lebih dekat dengan tempat kami bekerja. Jadi kalau ada di antara kami yang kena balik agak lewat (lewat pun maksimum 7 malam) tidaklah kami perlu membayar OT dan meninggalkan Asha di taska. Maklumlah tempat kerja kami agak jauh dari rumah dan taska. Oleh kerana mengenangkan ibu Sal yang menjaga Asha dengan baik dan Asha pun gembira bila berada di taska, ummi rasa takpe lah kalau kami kena travel dari Cyberjaya ke Keramat pun. Tapi sekarang mungkin sudah tiba masanya kami memikirkan semula cadangan untuk berpindah itu.
Terima kasih ibu Sal kerana menjaga anak kami dengan penuh kasih sayang. Jasamu tak akan kami lupakan. Semoga ibu Sal gembira di tempat yang baru. Tahniah juga kerana bakal mendapat cahayamata yang baru. Semoga Allah memurahkan rezeki dan dipanjangkan umur ibu Sal sekeluarga. Harap kita dapat berjumpa lagi. Pesan ummi pada ibu.. "Ingat Asha selalu..". Huhuh.....
Inilah lagu Gajah yang dinyanyikan di taska.

Gajah hidung panjang
Badan hitam besar
Kaki macam tiang
Dua telinga lebar
Telinga macam kipas
Jalan bongkok-bongkok
Gajah tidak malas
Buat tolak... pokok.
0 comments:
Post a Comment