Wednesday, August 04, 2010
Bila adik nangis..
Posted by Sue Adnan at 11:19 pm 1 comments
Saturday, April 17, 2010
Wednesday, April 14, 2010
UK Election 2010
Posted by Sue Adnan at 12:06 pm 0 comments
Labels: politics
Monday, April 12, 2010
Our New Family Member
Alhamdulillah, tepat jam 01:16 pagi pada 9 Januari 2010 bersamaan 24 Muharram 1431H yang lepas lahirlah penyeri hidup ummi dan ayah yang kedua, Aidan Naqeeb yang bermaksud pemimpin yang bijak. Semoga anak ummi dan ayah membesar dengan sihat dan menjadi anak yg soleh seiring dengan maksud namanya yang indah.
Proses kelahiran kali kedua yang ummi lalui kali ini memang begitu berlainan yang memberi seribu satu keinsafan. Kalau dulu di Malaysia, bila kita mula ada tanda² ingin bersalin, kita akan terus ke hospital. Semasa di Malaysia juga ummi bersalin di hospital swasta. Jadi macam semuanya mudah.
Tapi kali ini, cabarannya sungguh banyak. Dengan musim winter dan snownya.. memang begitu mencabar. Ummi start sakit untuk melahirkan pada 8 Januari 2010 pukul 01:30 pagi. Ummi rasa nak buang air kecil. Bila pergi ke toilet, ummi tengok dah ada darah keluar. So after that, ummi pun call labour ward tanya macamana. They said it's just a show. Tanda ummi dah ready for labour. Tapi midwife tu kata tak perlu datang ke hospital lagi sebab ummi belum ada contraction lagi. Fine. Ummi pun tunggu lah and sambung tidur balik. Pukul 04:30 ummi terjaga sebab rasa macam vaginal discharge and I presumed it's my water bag dah pecah. Contraction pun ada sikit2 dalam 10 minutes apart. Ummi relax lagi. Pukul 07:00 pagi, bangun baru call labour ward sekali lagi. Masa tu diorang cakap, ok u come to the triage in couple of hours. Couple of hours to kul 09:00 pagi le gamaknya. So me and ayah get ready, send Lil'P to school, mintak tolong dekat kak Maswa ambil Lil'P balik school in case ummi dah nak terberanak ke then after sent Lil'P to school, kami pun pegi ke hospital. Sampai kat triage, dia check ummi baru dilate 2cm. So dia suruh ummi balik dulu, dia jangka i might be coming back for labour later, tapi kalau ummi tak sakit nak bersalin jugak, the next day kul 3pm baru diorang akan induce. Punya lama lagi nak tunggu... So ummi and ayah pun balik, sempatlah kami berjalan2 kat Egham sekejap. Then balik rumah, still takde ape2 lagi. Petang, call kak Maswa, dia suggest ummi ngan ayah tidur kat rumah dia so that Lil'P tak terasa sangat kalau dia kena tido umah kak Maswa another night. Knowing her yang memang tak pernah tido ngan orang lain besides us and perangai dia yang suka nangis bila terjaga and nampak ummi takde so we decided tido kat situ. Malam tu around 10pm contraction dah 5-6 minutes apart tapi ummi leh tahan lagi. Try tido so that I won't feel the pain. Kul 11pm ummi terjaga, rasa sakit, so call labour room. Hmm... tau dia kata apa, she thinks I'm still ok, dia suh ummi makan paracetamol ataupun mandi. Mana ummi nak amik paracetamol ni? Ummi pun gi lah mandi... Aduss... memang tak tahan... Sampai kul 12:00 pagi contraction dah 2-3 minutes. Mandi pun dah. Sakit semakin kuat. Ummi call labour room skali lagi, dia dengar suara ummi dah semacam je, baru lah dia kata, ok make your way to Triage now. Tu lah, nak sangat bersalin kat UK. Dah nak terberanak sangat, baru lah ko leh pegi hospital... What an experience. Kluar lah ummi gi spital, dah lah kete kena frost plak.. kena bersihkan cermin baru boleh gerak.. memang satu cabaran lah... Sampai kat triage, boleh dia suruh ummi amik air kencing dulu (normal procedure). Ya rabbi... ummi yang dah nak terberanak ni gi lah toilet tapi nak kencing apa... rasa nak teran je... darah yg kluar... Pastu dia check tengok ummi dah 8cm dilated. Midwife terus tolak ummi gi labour room. Sampai sana, diorang terus get ready for labour. But one thing kat sini midwives sumer properly trained lah. They always positive. This time labour, ummi tak pakai any pain relief pun. No gas or air or what so ever. Ayah pun tabik spring ngan ummi pasal boleh endure all the pain. Alhamdulillah lah. The only time ummi amik gas pun masa dia do the stitches. Aduiii... Alhamdulillah it's all over... Betul lah orang cakap, once the baby is out, hilang sumer rasa sakit.. Alhamdulillah... sumer nya dipermudahkan Allah. Baby Aidan kluar kul 01:00 pagi, kul 04:00 pagi masuk ward, lebih kurang pukul 03:00 petang ummi dah balik rumah. Syukur Ya Allah kerana kau permudahkan segalanya.
Posted by Sue Adnan at 8:20 am 1 comments
Labels: Aidan
3 months old Aidan
Posted by Sue Adnan at 6:57 am 0 comments
Tuesday, November 10, 2009
Hari yang mandom... BRRRRRRRRRRR...
Posted by Sue Adnan at 12:05 pm 0 comments
Friday, September 18, 2009
Parcel from Home
Posted by Sue Adnan at 6:37 am 0 comments
Friday, August 28, 2009
Experience hilang tepon
Ni nak citer pasal acik yg sungguh la clumsy skrg ni.. semenjak 2 menjak preggie ni.. ada je.. terhantuk sana lah, lupa itu lah dan yg terbaru ni, acik tinggal aciknye tepon kat sopping outlet.. punyala sakan acik bersoping kan.. sampai terlupo kek mano acik lotak'an tepon acik... nak kata soping berabis tak jugak la..
Posted by Sue Adnan at 5:14 am 1 comments
Labels: experience
Saturday, August 22, 2009
Ramadhan 1430H
Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari kedua puasa and we have survived the 16th hours of puasa untuk hari pertama. Not so bad lah.. Sebelum ni pun ada gak cuba puasa sunat untuk practise Ramadhan ni.. Cuma malam tadi kami nyaris terbabas sahur. Jaga2 tengok jam dah pukul 3.15 pagi. Alamak, ada setengah jam je lagi sebelum waktu subuh masuk. Kelam kabut lah buat air panas and makan spaghetti goreng yang masak untuk dinner semalam.
Menu utama untuk buka puasa hari pertama ini ialah kari kepala ikan salmon dan italian salad (ni kes malas nak masak sayur). Desertnya ialah kuih tepung pelita bersama air laici. Tak pernah aku buat kuih tepung pelita ni, selalu kalau nak beli je.. tapi ni dah jauh diperantauan ni, semua kena buat sendiri. Tapi ok lah.. bila lagi nak belajar masak benda2 yang kita tak pernah masak kan??
Hmmm.. hari ini nak masak apa pulak ye untuk iftar???
Posted by Sue Adnan at 7:40 pm 0 comments
Wednesday, June 03, 2009
Lontong & Jus Asam Boi
Inilah bahananya kalau asyik melawat blog masakan. Tengok! Sekarang aku terasa nak makan lontong lah (yang siap ada letak tempe yg sudah semestinyalah takde dalam stok makanan aku) ngan air jus asam boi tu lah.. Semalam pegi oriental market kat uni nye student union, aku dah sambar 2 pack asam boi, pastu siap beli lime sekali dengan cita-cita kononnya nak buat sendiri jus tu. Ditambah dengan cuaca panas summer yang baru start ni, bahangnya sungguh terasa. Kalau dapat minum jus tu, NYAMANNNNNN!! Kalau berjaya buat nanti ku post gambarnya ya.
Posted by Sue Adnan at 2:41 pm 0 comments
Labels: food craving
Saturday, March 07, 2009
Dia pergi jua...
Hari ini aku dapat berita yang baby Amir dah pergi buat selamanya. I have been a silent reader to to his father's blog. Ayah baby Amir adalah salah seorang pelajar Malaysia di Glassgow. Walaupun aku tidak mengenali secara peribadi kedua ibu-bapa baby Amir tetapi apabila membaca setiap bait kata ayahanda baby Amir, ianya begitu meruntun jiwa. Kini dia sudah kembali kepada penciptaNya. Biarlah dia tenang bersamaNya di sana. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat baby Amir.
Posted by Sue Adnan at 6:52 am 0 comments
Monday, March 02, 2009
Something about Malaysia
Today I was approached by Asha's teacher asking me if I can do some presentation to the nursery children about Malaysia tomorrow. It was such a short notice because they were quite busy with the school trip to Wisley Garden last Friday (which I intent to blog about but still finding time to write. Will do it ASAP). She asked me if I can show something about Malaysia, something that we eat, clothes that we wear, folklore song that we listen to, etc. Aha!
The fun part is when we came we left everything that remind us about my beloved country in the box that suppose to be shipped somewhere this month. I have prepared the Malaysian flag and some CD on malay children song thinking that my lil'Asha will have to present something about our culture and country but didn't expect it to be this soon. Huhuh. So... what am I going to show tomorrow? I have my baju kurung kedah with me. So me going to wear that tomorrow in this cold weather. What's next... I have borrowed from kak Maswa the kuih cara mould (thanks kak... you are my lifesaver) just now and have googled for the recipe. Hope my kuih cara will turn out well tomorrow. I have downloaded some children song but haven't decide yet what song I want to share with them. Any suggestion? Was thinking about enjit-enjit semut song. What is enjit-enjit in english??? What else?? I went for a quick shopping just now and find myself browsing the shelves if they have rambutan or durian. Hahaha... In your dream, mate. How nice if they sell durian ye...
Anyway, hope I can present something decent about my beloved country, Malaysia. Malaysia Truly Asia.. lalala....
Posted by Sue Adnan at 9:45 pm 1 comments
Labels: Asha's school
Friday, January 30, 2009
Dah 3 minggu dah?
Maaflah semenjak sampai ke negara yang sejuk ni, keinginan untuk mengemaskini blog ni dah semakin menurun serendah suhu negara ni yang berada ditahap 2 ke 5 darjah C hari ini. Hari ini dah 3 minggu kami berada di pekan Egham ni. Kecik je pekannya. Pekan koboi je. Takde shopping mall yg boleh dikunjungi kalau boring. A very good environment to study. Takde distraction langsung. Harapnya suami tercinta boleh la habiskan PhD dia on time.
Kami sampai di sini pada 16hb Januari yg lepas. Kami dihantar oleh keluarga dan kawan tercinta. Terima kasih tidak terhingga kerana sanggup menghantar kami di KLIA.
Sampai di Heathrow Airport kami dijemput oleh abang Zamri dan Rosli. Kemuadian kami dibawa
ke kediaman abang Rosli dan kak Maswa. Kiranya merekalah yang bersusah payah menjamu kami sarapan, makan tengahari kemudian bekalkan kami makanan lagi, menghantar kami ke rumah, membawa kami ke pekan untuk membeli barang2 keperluan asas. Terima kasih yang tak terhingga.
Alhamdulillah, semua kiranya dah settled down. Mr. I pun dah mula ke sekolah. Anaknya pun
dah sekolah. Tinggal aku je yang tak sekolah. Bila tengok Mr. I baca buku kat our lounge or
bila aku pi lepak kat opis dia, sungguh la aku jeles. Aku nak baca buku gak...
Takpe..takpe.. tunggu settle satu persatu ye.. tunggu Mr. I habis.. insyaAllah aku menyusul.
Rutin harian aku sekarang.. walaupun dah 3 minggu aku kat sini.. waktu tido aku masih waktu
mesia lagi. Dinner as early as 5 o'clock. Pukul 7 mlm je, 'lil Asha dah tanya dah bila nak
masuk tido.. dah malam dah ni.. aduss.. dia takleh tido kalau takde ummi.. sebab ummi ada
ubat tido dia... so ummi pun terpaksa lah menemankan si kecik ni tido. Almaklumlah, kalau
dah masuk dalam duvet, susah bebeno lah teman nak kuar ye... tido lah sekali. Masa mula2
dulu pukul 4 pagi dah terjaga. Sekarang oklah sikit. 6 pagi mesti dah bangun... walaupun kat
luar masih gelap... bangun, prepare some breakfast, browsing (kalau ada luck dapat campusnya
wifi), prepare Asha and myseld to school. 12 noon.. Then off we go.. Buat masa ni kitaorg
belum dapat lagi keter pujaan hati, so bas adalah pengangkutan utama kami. Dari rumah, pihak
uni ada menyediakan bas yang amik masa dalam 2 minit perjalanan dari rumah ke uni. Then dari uni, me & Asha will walk dalam lebih kurang 15 minit untuk ke sekolah dia.
Lepas hantar Asha, aku akan either merayau2 pegi kedai (kalau ada barang2 rumah yg dah abis)
or aku lepak kat library uni (as if aku lak yang belajar kat sini.. ahaks.. insyaAllah).
Lepak sampai la kul 2.30 ptg, pastu get ready nak amik Asha kat school. She finishes at
3.00. Usually me and Mr. I will walk together to fetch her from school. Tapi kenkadang aku
tumpang kak Maswa je gi hantar and amik Asha.. kalau ada rezeki jumpa dia la.. huhuh.. Lepas
amik Asha, apalagi.. pulanglah kami ke rumah mencari makanan. Wakaka...
Anyway.. life is not as sweet as some people thing when u r abroad. At the beginning,
keperitan akan terasa. Mungkin after a year, after sumer dah settle down, insyaAllah barulah
terasa kemanisannya. Tapi buat masa ini, suffer lah dulu ye.. All the suffering lah yang
akan membuat kita semua mature and appreciate apa yang kita ada.
Doakan kami berjaya di bumi yang asing ini ye... Ameen....
Posted by Sue Adnan at 4:54 pm 6 comments
Thursday, December 18, 2008
Lepas Kawin, Beranaklah!
Ni perbualan anakku dengan neneknya 2-3 hari lepas.
Masa tengah menonton cerita Puteri Salju dekat TV tiba2..
A*sha: Uwan..uwan.. kakak tu nak kawin!
Uwan: Mana A*sha tau dia nak kawin?
A*sha: Kakak pakai baju cantik.. dia nak kawin lah tu...
Uwan: Oh ye ke...
A*sha: Lepas ni dia BERANAK lah tu!
Uwan: Hah! Mana A*sha tau?
A*sha: A*sha taulah!
Uwan: Sape cakap lepas kawin, beranak?
A*sha: A*sha lah!
Arghh.. kenapa anak aku pemikiran dia sampai ke situ ek? Banyak sangat tengok TV le ni.....
Posted by Sue Adnan at 10:31 am 2 comments
Labels: AN
Tuesday, December 16, 2008
30 Days! The Countdown Begins
Pejam celik, pejam celik, dah tinggal 30 hari je lagi.
Berdebar gak rasa sebab macam banyak benda tak settle lagi. The biggest hurdle is the visa. Haven't even submitted yet because have to wait from hubby's sponsor to release the ultimate letter. Hopefully semua tu boleh selesai secepat mungkin so that boleh proceed with application for visa. Kalau dah dapat letter dari sponsor pun ada lagi benda yg perlu dirisaukan which is funding untuk kami 2 beranak sbb sponsorship hanya untuk hubby. Me and Lil'P takde peruntukkan. So hopefully apa yg kami ada cukup kukuh untuk meyakinkan pihak HighComm yg semakin cerewet sekarang ini. Doakan kami ye...
Oh Lord, make things easier for me and do not give hardhips; And make my end one of khair.
Posted by Sue Adnan at 4:09 pm 3 comments
Labels: preparation to UK
Wednesday, November 26, 2008
Monday, November 17, 2008
Sunday, November 09, 2008
Cinta Batu Belah
Cerita kegemaran anakku. Boleh ke tidak.. My 3 years old daughter is so into this TV3 series. She likes the theme song too, sang by Nubhan titled Ada Untukmu. What I noticed my Lil'Princess ni tak suka tengok kartun yang memang kita tau target audience dia budak kecil. Budak skrg tgh sibuk nak tgk Madagascar 2 tapi anak aku kalau tgk promo dia kat TV leh buat dek je. Kalau kartun, she only watches kartun yg kat Disney Channel tu cam Barney and Friends, Jojo Circus, PB, J and Otter, Little Eisteins and Mickey Club House. Yang dia suka tengok ialah cerita2 yang so called untuk orang2 dewasa ni. Kalau tengok, tak berkelip mata. Pastu position dia betul2 depan TV tuh. Kalau dah tgk tuh, tak sah lah kalau tak tanya soalan, "Kenapa kakak tuh sedih?", "Kenapa dia mati?", banyaklah kenapa dia. Sampai ummi kadang malas nak jawab soalan never-ending-story tuh...
Ape2 pun, kita layan lagu Nubhan ni ok...
Posted by Sue Adnan at 11:49 pm 0 comments
Monday, October 20, 2008
Cinta Antara Kita
Jom nyanyi lagu ni... by DUTA feat. BAIZURA KAHAR
OST for the Dunia Baru the Movie
[Duta:]
Sejak dari dulu
Ku menyintaimu
Kau tahu begitu namun kau berpura
Ku masih teringat kau peluk diriku
Yg telah membuat ku menyintai mu
Sudah berapa lama
Diriku ini
Tak bertemu mu
Mungkin ku harap jua
Kau merindu ku
Sebagaimanaku rinduimu
[Duta:]
Cinta antara kita
Tiada penghalangnya
Walau akhir usia
Ku menyinta dirimu
Ku hanya menunggu mu
Menyata kau cintaku
Ku kan berjanji
Menyintamu syg....
[Baizura Kahar:]
Setelah kau pergi jauh dari sisi
Tiada ku cinta selain dirimu
Ku ingin bersama dgnmu selamanya
Walaupun sehingga ke akhir nyawa
Mungkin kau tak mengerti
Maksud ku dulu pada dirimu
Kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu
[Baizura Kahar:]
Cinta antara kita
Tiada penghalangnya
Walau akhir usia
Ku menyintai dirimu
Ku hanya menunggu mu
Menyata kau cintaku
Ku kan berjanji
Menyintamu syg....
[Duta:]
Sudah berapa lama
Diriku ini
Tak bertemu mu
[Baizura Kahar:]
Mungkin ku harap jua
Kau merindu ku
Sebagaimanaku rindumu
[Duta:]
Cinta antara kita
Tiada penghalangnya
Walau akhir usia
Ku menyinta dirimu
[Baizura Kahar:]
Hanya menunggu mu
Menyata kau cintaku
Ku kan berjanji
Menyintamu syg....
[Duta and Baizura Kahar:]
Cinta antara kita
Tiada penghalangnya
Walau akhir usia
Ku menyintai dirimu
Ku hanya menunggu mu
Menyata kau cintaku
Ku kan berjanji
Posted by Sue Adnan at 8:52 am 0 comments
Labels: lyrics
Tuesday, October 14, 2008
Open house Hari Jumaat (10-10-2008)
Last Friday, we went to the newly occupied house of my ex-colleague in SK. It was an open house cum house warming party. Since the host's husband is currently in *K to further his study and the wife aka the host, also will be joining him pretty soon, most of their belongings are still packed in the box. So we decided to do the party in a 'potluck' way. The menu: Afzan's KFC, Kak Ju special fried vermicelli, Zai's bake pasta, Kak Ina pudding caramel, Sue's cheese cupcake, Dahlila's kuih raya, Umi's kerepek raya, Shahbe's fruits & Mimi's Ice cream. Best... yummy.......... My cheese cupcake. Our next generation What's wrong sayang ummi? Everyone, look up…… not everybody follows order.
Posted by Sue Adnan at 8:09 am 0 comments







